Friday 13 January 2012


Salam 1 Malaysia..

wah! da lame raseNye x update bLog yg x comey nie..UhuK! skang nie tertibe jew mooD menaip daTang..
rasenye kali nie shaye nk berkisar menGenai Sahabat.. org berkate..sahabat sukar dicari.. ape sebenarnye Sahabat nie?

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa iaitu SAYANG, KASIH & KASIHAN. 
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan  iaitu BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian  iaitu SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI.
 Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu  “SAHABAT”.







Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan, Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Allah.


Sahabat yg baik adalah orang yg bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata2.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut.  Jika anda bermusuh dgn sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan itu.

Cakap sahabat yg jujur adalah lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi daripada nenek moyang.

Ibu bapa adalah sahabat yg paling baik untuk anak2.  Bemain bersama mereka tika mereka kecil, berkawan dengan mereka tika mereka remaja dan menjadi guru tika mereka dewasa.  Bagi suami atau isteri, pasangan masing2 adalah sahabat anda yg paling rapat. ~

"Untuk mengenali peribadi seseorang itu lihat dengan siapa dia bersahabat"

Selalunya perlakuan seseorang didorong oleh perlakuan sahabatnya,

oleh itu cari lah sahabat yang menangis bersama dan ketawa bersama,
bukan ketawa bersama menangis keseorangan.
Apabila bersahabat janganlah ada secubit perasaan iri,hasat, ego dan mengambil kesempatan atas kebaikan sahabat kerana semua itu membawa kepada kerosakan persahabatan dan permusuhan.



Lagu pilihan shaye utk topIk ini..
hijjaz :: kau sahaBat Kau teMan..

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Jejaridkeyboard